Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Masih terkejut
menerima perkhabaran ditaja Malaysia Airlines Berhad (MAB), atlet terjun negara
Nur Dhabitah Sabri bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.
Tajaan selama empat tahun itu
bermula tahun ini hingga temasya Olimpik Tokyo 2020 itu memberi suntikan
semangat buatnya mengejar pingat pada temasya terbesar dunia itu.
Dhabitah yang akan berlepas ke
China untuk menjalani latihan berkata, tajaan MAB itu membuatkannya bertekad
membuktikan kemampuan supaya kepercayaan yang diberi tidak disia-siakan.
“Tajaan ini memberi inspirasi
kepada saya melakar lebih banyak kejayaan. Saya mahu buat lebih baik lagi
supaya tajaan yang diberikan ini tidak sia-sia,” katanya yang dijadualkan
beraksi pada siri Grand Prix Dunia dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Terdahulu MAB mengumumkan
penajaan bagi tempoh empat tahun buat atlet terjun Olimpik negara, Pandelela
Rinong dan Dhabitah.
Penajaan empat tahun itu
meliputi tiket penerbangan pergi balik untuk kelas bisnes dalam rangkaian
perkhidmatan di Malaysia, tajaan kewangan bagi program latihan dan perjalanan
mereka ke Olimpik Tokyo 2020.
Dhabitah yang julung kali
beraksi di Olimpik mara ke pusingan akhir 10m platform individu dan menamatkan
saingan di tangga kesembilan.
Dia yang bergandingan dengan
Cheong Jun Hoong menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 3m papan anjal
seirama.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 8:53 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan