ARKIB : 11/12/2007
KORAT Siow Yi Ting
menyelamatkan Malaysia daripada kempunan sebarang pingat pada hari keempat
renang Sukan SEA Korat dengan menyumbangkan dua perak menerusi 200 meter kuak
dada dan 4x100m rampaian wanita di Pusat Akuatik Ulang Tahun Keputeraan Raja
Thailand, semalam.
Siswa Universiti Wisconsin,
Amerika Syarikat itu tewas kepada perenang Singapura, Nicolette Teo Wei Min
dengan catatan 2 minit 32.55s tetapi sudah memadai untuk melepasi had kelayakan
B ke Sukan Olimpik Beijing 2008 iaitu 2:33.40s.
Nicolette mencatatkan 2:31.96s
untuk menjuarai acara itu manakala gangsa milik Jaclyn Pangilinan dari Filipina
yang merakamkan 2:39.16s.
Yi Ting, 21, kemudian
bergandingan dengan Chai Sook Fun, Louisa Los Santos dan Leung Chii Lin untuk
menduduki tempat kedua dengan catatan 4:19.33s iaitu kekurangan 6.15s dengan
rangkaian Singapura - Shana Lim, Nicolett, Tao Li dan Quah Ting Wen yang
membaharui rekod Sukan SEA.
Gangsa kepunyaan rangkaian
Thailand yang membariskan Wenika K. Chaiwong, Phantira Saraikarn, Natnapa P.
Muenwai dan Natthanan J. Krajang yang mencatatkan 4:25.00s.
Perenang lain negara iaitu
Clement Leong menduduki tempat tercorot 50m gaya bebas lelaki, begitu juga Yap
See Tuan (200m kuak dada lelaki), Heidi Gan dan Ong Ming Xiu (keempat dan
keenam 200m gaya bebas wanita) serta Kevin Yeap dan Kevin Lim (kelima dan
keenam 1,500m gaya bebas lelaki).
Kata Yi Ting: Saya terkejut
sedikit dengan kekalahan ini walaupun telah bermati-matian untuk menang emas.
Saya agak lega mampu layak ke Olimpik bagi acara kedua ini.
Satu persaingan yang rapat
dengan Nicolette tetapi saya kurang berpuas hati dengan masanya yang tidak
menghampiri catatan ketika Sukan Asia Doha tahun lalu, katanya yang memburu
satu lagi emas menerusi 400m rampaian perseorangan hari ini sekali gus hadiah
hari jadinya ke-22.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4w3HXIPsW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan