Mohd Khairie Khalid
khairie@bh.com.my

KEPUTUSAN untuk terus berbakti
kepada negara dan tidak mengundur diri dalam masa terdekat mematangkan penerjun
berpengalaman Leong Mun Yee.
Malah Mun Yee kelihatan kembali
ghairah memburu lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa selepas Sukan SEA
Kuala Lumpur 2017 (KL2017) melabuhkan tirai secara gilang gemilang Ogos lalu.
Begitupun penerjun dari Ipoh
itu sedar dia perlu terus tampil dengan aksi konsisten jika mahu terus bergiat
aktif dalam sukan ini, meskipun usianya kini sudah mencecah 32 tahun.
“KL2017 bukan Sukan SEA
terakhir buat saya, walaupun sebelum ini saya pernah berkata akan membuat
keputusan sama ada untuk terus aktif dalam sukan ini atau tidak.
“Sekarang fikiran saya berubah,
saya pun tidak pasti berapa banyak lagi Sukan SEA yang akan disertai. Tapi saya
perlu memperbaiki teknik terjunan kerana dalam kejohanan perlu ada lima
terjunan, jadi kena sentiasa konsisten,” kata Mun Yee.
Menyentuh mengenai masa depan
Malaysia dalam sukan itu, Mun Yee berharap lebih ramai pelapis dapat meningkat
selain terjun terus berkembang dan dikenali di seluruh dunia dan negara amnya.
Dalam perkembangan sama, Mun
Yee menjelaskan ketika ini sudah memulakan latihan kecergasan dan terjunan
sebagai persiapan menjelang Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 di Pusat
Akuatik Nasional dari 26 hingga 29 Oktober ini.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 6:34 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan