myMetro

Kuala Lumpur: Atlet negara
Traisy Vivien Tukiet kini kembali menguasai pentas terjun apabila merangkul
gangsa dalam acara 10 meter platform pada Kejohanan Terjun Piala Asia di Macau,
semalam.
Terdahulu dia yang bergandingan
bersama Leong Mun Yee menghadiahkan perak dalam acara 10m terjun seirama.
Traisy yang pernah beraksi di
Olimpik London kembali menemui suntuhan dan dua pingat yang diraih di Macau
menyuntik semula keyakinan dalam dirinya untuk berjuang merebut tempat dalam
skuad negara menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini.
Gembira dengan prestasinya,
Traisy berkata, perasaan gementar ketika beraksi itu tetap ada namun sokongan
dan dorongan daripada rakan menjadi pemangkin semangat buat dirinya.
“Masa terjun itu memang saya
akui sedikit takut sebab sudah lama tidak menyertai pertandingan kompetitif dan
melakukan terjunan untuk pertandingan.
“Malah lebih membuatkan saya
gementar, saya mula untuk pertandingan ini dalam tempoh dua bulan ini saja
ketika menjalani latihan di China.
“Apapun saya gembira dapat
menghadiahkan pingat buat negara dan pastinya akan cuba melakukan yang terbaik
lagi selepas ini,” katanya.
Dalam acara 10m platform,
Traisy yang mengumpul 292.45 mata berada tempat ketiga di belakang dua penerjun
China, Liu Xin (381.10) dan Zhang Rui (335.80).
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 11:52 AM